Berikut merupakan 7 sebab mengapa permohonan pinjaman tidak berjaya
1. Nama yang disenarai hitam (black list)
Ini mungkin salah diri anda sendiri atau orang yang anda jamin sebagai peminjam gagal membuat bayaran balik pinjaman, sebagai contoh PTPTN atau MARA. Nama anda juga boleh disenaraihitam sekiranya gagal menjelaskan hutang kepada Institusi Perniagaan yang menawarkan skim sewa beli, macam pembelian perabut, peralatan elektrik dan sebagainya dengan syarat, kes ini telah dibawa ke mahkamah oleh institusi perniagaan tersebut.
2. CTOS (Credit Tip Off Service)
Pastikan nama anda bebas dari senarai CTOS. Ia merupakan sebuah badan atau pangkalan maklumat yang mengumpul data-data saman atau perintah muflis yang dikeluarkan terhadap individu atau syarikat. Sekiranya terdapat kes-kes saman atau muflis, mereka merupakan antara pihak yang akan dimaklumkan terlebih dahulu.
Pastikan nama anda bebas dari senarai CTOS. Ia merupakan sebuah badan atau pangkalan maklumat yang mengumpul data-data saman atau perintah muflis yang dikeluarkan terhadap individu atau syarikat. Sekiranya terdapat kes-kes saman atau muflis, mereka merupakan antara pihak yang akan dimaklumkan terlebih dahulu.
* CTOS – Hutang kecil seperti
Credit Motor,Singer,Court Mammoth,P1 Wimax,Bil Postpaid dan lain-lain.
*Akan tetapi ada sesetengah bank tidak memeriksa rekod pelanggan melalui CTOS,sekiranya rekod CRISS anda adalah cantik sebagai contoh dalam laporan CRISS 0 0 0 0 0 0 0 0*-tidak pernah lewat membayar.
3. Central Credit Reference Information System (CCRIS)
Bank sebenarnya tahu maklumat kredit seseorang atau sesebuah syarikat kerana adanya sistem pengumpulan maklumat yang dipanggil CCRIS. Segala rekod bayaran pinjaman, gadai janji, kad kredit, overdraf atau lain-lain yang anda lakukan setiap bulan kepada mana-mana bank akan mereka hantar ke Bank Negara Malaysia dalam format laporan bulanan.
Pastikan dalam 12 bulan TERKINI tiada hutang tertunggak sehingga 2 bulan ke atas.
0 0 1 2 1 0 1 1 0 0 1 0 * – walaupun dalam rekod ada sekali atau dua kali tertunggak tapi bank masih boleh luluskan.
0 1 2 1 0 2 2 2 2 2 2 1 * – rekod ini tak cantik 99% Bank akan reject loan kita.
Tak kiralah anda peminjam bermasalah atau tidak, maklumat anda memang sudah sedia ada dalam sistem CCRIS. Untuk mendapatkan laporan terkini CCRIS anda, kunjungilah BNMLINK di alamat seperti di bawah:
Ground Floor, D Block,Jalan Dato’ Onn, Kuala Lumpur.
Tel: 1-300-88-5465 (1-300-88-LINK) (Overseas: 603-2174-1717)Faks: 603-2174-1515
4. Gaji pokok rendah
Ini adalah perkara yang membataskan hajat mereka yang bergaji rendah. Ia juga penyebab mengapa pinjaman anda ditolak pihak bank kerana anda dianggap tidak berkemampuan untuk memiliki kereta. Contohnya, gaji pokok anda hanya RM1,200, secara automatiknya dalam keadaan ekonomi sekarang, gaji di bawah RM2,000perlu ada seorang penjamin. Penjamin pula perlu dari kalangan ahli keluarga.
5. Umur yang terlalu muda
Faktor umur terlalu muda seperti bawah 22 atau 23 tahun juga
menjadi faktor pinjaman anda sangat sukar untuk diluluskan oleh pihak bank. Sebab apa? Kerana anda dianggap terlalu muda untuk memiliki kenderaan dan kebiasaan bank akan meminta anda menyedikan seorang penjamin.
6. Komitmen bulanan tinggi
Walaupun gaji anda besar dan nampak macam cukup untuk buat pinjaman kereta, tetapi jika anda ada komitmen bulanan tinggi, senang cerita banyak hutang, bank sukar nak luluskan pinjaman anda. Pihak bank akan membuat kiraan komitmen bulanan anda terlebih dahulu, dan sekiranya komitmen terlampau tinggi, ada kalanya sampai tahap negatif, lupakan sahajalah hasrat murni nak pakai kereta baharu.
7. Masalah PTPTN
Ini juga punca bank susah nak luluskan pinjaman kereta anda, bukan itu sahaja nak ke luar negara pun disekat tau! Anda perlu ingat, peminjam PTPTN wajib membyar balik pinjamin pengajian selepas enam bulan dari tempoh tamat pengajian. PTPTN akan senaraikan nama anda dalam sistem CCRIS dan apabila ini berlaku bank memang liat nak luluskan pinjaman, melainkan anda ada surat penjadualan semula dari pihak PTPTN.
* PTPTN – PASTIKAN BAYARAN BALIK TIADA TUNGGAKKAN!Jika ada sila selesaikan di Pejabat PTPTN dan dapatkan surat pengesahan dari PTPTN.
Diharapkan sedikit info yang tidak seberapa ini akan dapat membantu anda.Untuk yang bercita-cita ingin membuat pinjaman kereta idaman.Info lanjut boleh juga melawati laman page facebook saya ABTAL ISUZU SABAH 013 395 5298 Sekian terima kasih Assalamualaikum wb.




No comments:
Post a Comment